Trump nafi akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

WorldPolitics
9 Oct 2026 • 9:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Trump nafi akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Khamis menafikan kemungkinan melancarkan serangan terhadap Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) pada 3 November.

Beliau turut  menyatakan Washington sedang mengadakan perbincangan yang produktif”dengan Teheran.

Kenyataan Trump yang disiarkan menerusi platform Truth Social itu menyusuli kenaikan mendadak harga minyak pada Khamis, susulan laporan media yang mencadangkan kemungkinan serangan baharu AS sebelum pilihan raya berkenaan.

“Saya mahu menjelaskan kepada semua pihak bahawa walaupun Iran berada dalam keadaan sangat buruk, dari segi ekonomi dan ketenteraan, serta sekatan laut akan terus dikuatkuasakan sepenuhnya, kami tidak akan menyerang Iran pada bila-bila masa sebelum pilihan raya pertengahan penggal,” tulisnya.

“Kami sedang mengadakan perbincangan yang produktif dengan Republik Islam Iran,” tambahnya tanpa memberikan butiran lanjut.

Laman berita The Atlantic melaporkan pada Rabu bahawa Rumah Putih meminta Pentagon menyediakan beberapa pilihan untuk menyerang sasaran di Iran yang boleh dilaksanakan sebelum pilihan raya pertengahan penggal. 

Akhbar The New York Times menerbitkan laporan serupa pada Khamis, dengan menyatakan rancangan itu sedang dirangka meskipun Trump masih berbelah bahagi mengenainya.

Kenaikan harga minyak mentah turut didorong ketegangan berterusan di Selat Hormuz, laluan strategik yang menjadi laluan penting perdagangan minyak global dan  permusuhan antara kumpulan Houthi di Yemen  disokong Iran dengan Arab Saudi. – AFP/AGENSI

 

The post Trump nafi akan serang Iran sebelum pilihan raya pertengahan penggal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved