PH Melaka sudah kenal pasti calon PRN Melaka

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 7:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PH Melaka sudah kenal pasti calon PRN Melaka

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Melaka sudah mengenal pasti calon yang berpotensi diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, calon berkenaan kini dalam pro­ses penilaian oleh parti-parti komponen gabungan itu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Calon telah dikenal pasti dan kini dalam proses penilaian parti-parti dalam PH,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai ker­jasama politik bagi menghadapi pilihan raya tersebut, beliau berkata, sebarang keputusan akan ditentukan menerusi me­syuarat Majlis Presiden PH.

“Kerjasama politik akan diputuskan dalam me­syua­rat Majlis Presiden PH,” katanya.

Sementara itu, Adly menyifatkan tempoh ber­kempen selama 14 hari yang ditetapkan bagi PRN Melaka memberi peluang kepada calon-calon untuk menjalankan kempen masing-masing.

Menurutnya, tempoh tersebut membolehkan calon memanfaatkan masa yang diberikan sepanjang kempen pilihan raya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka Ke-16.

Katanya, hari penamaan calon ditetapkan 31 Oktober, manakala mengundi awal pada 10 November.

“Tempoh berkempen pula bermula selepas pengisytiharan calon pada 31 Oktober sehingga jam 11.59 malam pada 13 November,” katanya. – UTUSAN

 

The post PH Melaka sudah kenal pasti calon PRN Melaka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved