Trump Pertimbang Untuk Benarkan Tencent Mempunyai Pegangan Dalam Epic Games dan Supercell

WorldTechnology
4 Mar 2026 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini dilaporkan sedang pertimbangkan sama ada ingin membenarkan Tencent dalam memiliki pegangan pada firma-firma permainan video di Amerika Syarikat dan Finland

image is not available

Ia dikatakan pentadbiran Trump sedang menilai sama ada pegangan dan pelaburan Tencent di Amerika Syarikat mempunyai ancaman sekuriti atau sebaliknya. Pelbagai mesyuarat dijadualkan untuk membincangkan berkenaan perkara ini.

Tencent memegang 28% saham Epic Games yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan 84% saham dalam Supercell yang berpangkalan di Finland. Menerusi pemilikan ini, mereka secara tidak langsung terlibat dengan penerbitan permua popular Fortnite, Clash of Clans, League of Legends, COD Mobile dan Honor of Kings.

Tencent juga baru menubuhkan subsidiari baharu Vantage Studios dengan Ubisoft bagi menerbitkan Assassin’s Creed, Far Cry, dan Tom Clancy’s Rainbow Six. Syarikat baharu ini adalah bernilai €4 bilion (~RM 19.13 bilion) dengan Tencent melaburkan €1.16 bilion (~5.55 bilion) bagi memegang 25% pegangan syarikat.

Penilaian risiko sekuriti ini dilakukan sebelum Presiden Trump dan Xi melakukan pertemuan dua muka bagi membincangkan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang bergolak sejak pemerintahan Joe Biden.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved