Trump Sahkan Bom 907.2 Kg ‘Dalam Perjalanan’ Ke Israel

WorldPolitics
26 Jan 2025 • 1:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ISTANBUL, 26 Jan (AA) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa “banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden kini dalam perjalanan,” lapor Agensi Anadolu (AA).

Ini termasuk penghantaran 1,800 bom MK-84 yang telah tertangguh selama beberapa bulan.

Kenyataan Trump di platform Truth Social itu dibuat susulan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran “bom”, yang dikenakan pada Mei lepas oleh pentadbiran Biden.

Axios melaporkan bahawa sekatan itu ditarik balik selepas pegawai Israel dimaklumkan oleh Pentagon pada Jumaat.

Bom seberat 907.2 kilogram (kg) itu yang sebelum ini disimpan di AS dijangka akan dihantar dalam beberapa hari akan datang.

Sekatan yang dikenakan Biden sebelum ini bertujuan membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, sehingga mencetuskan satu daripada krisis paling signifikan dalam hubungan AS-Israel semasa serangan Israel ke atas wilayah itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menggunakan kelewatan itu sebagai alat politik dengan mengumpulkan sokongan daripada penggubal undang-undang Republikan Amerika yang mengkritik pendirian Biden, walaupun sekatan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap potensi korban awam di Gaza.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved