Pentadbiran Trump Nama Semula Teluk Mexico, Kini Dikenali Sebagai Teluk Amerika

Entertainment
26 Jan 2025 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Teluk Mexico telah secara rasmi bertukar nama menjadi Teluk Amerika.

Perkara itu dinyatakan oleh Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DoI) atas arahan eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump.

Memetik laporan Berita RTM, Trump pada Isnin lalu telah mengeluarkan arahan untuk menamakan semula perairan di pantai selatan Amerika Syarikat dan pantai timur Mexico sebagai penghormatan kepada “kehebatan Amerika.”

image is not available

Nama Teluk Mexico telah digunakan sejak abad ke-16. Presiden Mexico Claudia Sheinbaum dalam satu respon berkata:

“Bagi kami, ia akan terus menjadi Teluk Mexico, dan bagi seluruh dunia, ia akan terus menjadi Teluk Mexico.”

Selain daripada penamaan semula teluk itu, Jabatan itu juga turut mengumumkan gunung tertinggi di Amerika Utara, Denali, akan ditukarkan semula kepada nama sebelumnya, iaitu Gunung McKinley.

Gunung itu secara rasmi dinamakan semula atas permintaan negeri Alaska pada 2015 di bawah pentadbiran Barack Obama.

Penamaan semula kepada Denali ketika itu dilihat sebagai tanda kepekaan budaya terhadap penduduk asli Alaska, yang bagi mereka gunung itu mempunyai kepentingan istimewa selama berabad-abad.

image is not available

Jabatan itu juga menyatakan bahawa Lembaga Penamaan Geografi AS sedang “bekerja dengan pantas untuk mengemas kini tatanama rasmi persekutuan dalam Sistem Maklumat Nama Geografi untuk mencerminkan perubahan ini, berkuat kuasa serta-merta untuk kegunaan persekutuan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.