Trump Serang Iran Tanpa Kelulusan Kongres – Ahli Kongres AS 

WorldPolitics
22 Jun 2025 • 12:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Trump Serang Iran Tanpa Kelulusan Kongres – Ahli Kongres AS

Pemimpin tertinggi Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengecam Donald Trump susulan serangan udara AS terhadap Iran, sambil mendakwa Trump mendorong negara ke ambang peperangan.

“Presiden Trump telah mengelirukan rakyat mengenai niatnya, gagal mendapatkan kelulusan Kongres bagi penggunaan kekuatan ketenteraan, dan kini membahayakan AS dengan kemungkinan terjebak dalam perang yang boleh membawa bencana di Timur Tengah,” kata ahli Kongres Hakeem Jeffries dalam satu kenyataan.

Sumber: AFP