Trump Sifatkan Serangan AS Kepada 3 Tapak Nuklear Iran Sebagai ‘Sangat Berjaya’

Entertainment
22 Jun 2025 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sabtu mengumumkan bahawa tentera AS telah melancarkan serangan berskala besar ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium utama di Fordow.

Memetik laporan Harian Metro, Trump menyatakan

“Kami menjalankan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan. Muatan penuh BOMBS digugurkan di tapak utama, Fordow.”

Tambahnya lagi, semua pesawat yang terlibat dalam operasi tersebut dilaporkan pulang dengan selamat, dan beliau mengucapkan tahniah kepada “Pahlawan Amerika” atas kejayaan misi tersebut.

image is not available

Langkah agresif ini muncul hanya dua hari selepas Trump menyatakan akan menunggu tempoh dua minggu sebelum membuat keputusan untuk menyertai serangan Israel terhadap Iran.

Namun, kenyataan terbaharu itu membuktikan sebaliknya, bahawa AS kini secara rasmi terlibat dalam serangan langsung terhadap program nuklear Iran.

Terdahulu pada hari sama, laporan antarabangsa menyebut tentang pergerakan pesawat pengebom strategik B-2 AS yang dipercayai membawa bom pemusnah kubu (“bunker buster”), senjata yang direka khusus untuk menembusi struktur bawah tanah seperti kemudahan Fordow.

image is not available

Setakat ini, pihak Iran masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung serangan itu. Ketegangan di rantau Timur Tengah dijangka terus memuncak susulan pendedahan mengejut ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.