
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menetapkan syarat baharu bahawa Arab Saudi perlu menormalkan hubungan diplomatik dengan Israel sebelum perjanjian kerjasama nuklear awam antara kedua-dua negara boleh diteruskan.
Trump berkata, perjanjian itu hanya akan berkuat kuasa sekiranya Riyadh menyertai Abraham Accords, iaitu siri perjanjian yang diusahakan Washington bagi menggalakkan negara-negara Arab mengiktiraf Israel.
“Perjanjian itu akan diluluskan, tetapi ia tertakluk sepenuhnya kepada Arab Saudi menyertai Abraham Accords,” katanya.
Kenyataan itu dibuat hanya sehari selepas pentadbiran Trump mengumumkan perjanjian kerjasama nuklear awam dengan Arab Saudi yang membolehkan kerajaan itu membangunkan reaktor nuklear menggunakan teknologi Amerika Syarikat.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt, kemudian mengesahkan pentadbiran Trump tidak akan meneruskan perjanjian berkenaan sekiranya Arab Saudi enggan menormalkan hubungan dengan Israel.
Menurut Reuters, Arab Saudi sejak sekian lama menolak untuk mengiktiraf Israel selagi tiada laluan jelas ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Baca juga:
- Trump syaratkan Arab Saudi iktiraf Israel untuk teruskan perjanjian nuklear
Dari FIFA ke PBB? Trump mahu Infantino jadi Setiausaha Agung baharu
Isu warga Israel: Kongres AS tekan Washington kaji semula hubungan dengan Malaysia
White House:
— Clash Report (@clashreport) July 23, 2026
The nuclear deal with Saudi Arabia is contingent on Saudi Arabia joining the Abraham Accords.
We will hopefully see Saudis join the Abraham Accords very soon. pic.twitter.com/P1wQmmhl4s
Syarat baharu itu dilihat berpotensi merumitkan pelaksanaan perjanjian kerana pendirian Riyadh mengenai isu Palestin kekal tidak berubah, manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, terus menolak pembentukan negara Palestin.

Trump bagaimanapun menegaskan kerjasama nuklear tersebut hanya melibatkan penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan awam dan bukan ketenteraan.
Beliau berkata, Arab Saudi tidak akan dibenarkan menghasilkan bahan nuklear untuk tujuan senjata di bawah perjanjian berkenaan.
Perjanjian itu turut dijangka melalui tempoh semakan Kongres AS selama 90 hari sebelum boleh dikuatkuasakan, selain melibatkan kajian kebolehlaksanaan selama dua tahun.
Israel menyambut baik syarat yang dikenakan Trump itu dan menyifatkan penyertaan Arab Saudi dalam Abraham Accords sebagai langkah penting ke arah keamanan serantau.
The post Trump syaratkan Arab Saudi iktiraf Israel untuk teruskan perjanjian nuklear appeared first on The Reporter.



