Trump Letak Syarat Arab Saudi Wajib Iktiraf Israel Demi Perjanjian Nuklear

WorldPolitics
24 Jul 2026 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 24T125319.494

Perjanjian nuklear awam bernilai berbilion dolar antara Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi kini menjadi tanda tanya selepas Presiden AS, Donald Trump menetapkan syarat baharu secara mengejut.

Menurut Trump, perjanjian berkenaan hanya akan diluluskan sekiranya kerajaan Arab Saudi bersetuju untuk mengiktiraf negara Israel.

Keputusan itu diumumkan oleh Trump menerusi satu hantaran di platform Truth Social miliknya, hanya sehari selepas perjanjian nuklear awam berkenaan diumumkan pada Rabu.

Trump menegaskan bahawa kelulusan perjanjian itu tertakluk sepenuhnya kepada tindakan Arab Saudi menyertai Perjanjian Abraham (Abraham Accords).

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt turut mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan bahawa Trump sudah membincangkan syarat berkenaan secara langsung dengan pihak Arab Saudi sebelum ini.

“Presiden sentiasa menjadi penentu muktamad sesuatu perjanjian. Beliau telah menyatakan bahawa jika mereka tidak menyertai Perjanjian Abraham, maka perjanjian itu terbatal,” kata Leavitt.

Pendirian Tegas Arab Saudi Soal Palestin

Menurut laporan Sinar Harian, tuntutan baharu daripada Washington ini mencetuskan ketidaktentuan memandangkan Riyadh sejak sekian lama enggan menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Israel.

Kerajaan Arab Saudi kekal bertegas bahawa sebarang pengiktirafan atau hubungan diplomatik bersama Israel perlu disertakan dengan jalan penyelesaian yang jelas ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Setakat ini, pihak kerajaan Arab Saudi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi membalas kenyataan terbaharu Trump itu.

Pakar Meragui Arab Saudi Akan Mengalah

Felo Kanan Bersekutu di Royal United Services Institute (RUSI), H A Hellyer berpandangan bahawa usaha AS untuk memaksa Arab Saudi menukar fikiran berkemungkinan besar tidak akan berjaya.

“Adakah Arab Saudi akan mengubah pendirian secara drastik selepas apa yang diumumpannya sejak tiga atau 30 tahun lalu? Saya sangat meraguinya,” katanya.

Selain isu diplomatik, perjanjian nuklear ini turut mendapat bantahan daripada beberapa ahli Kongres AS dan pegawai Israel yang bimbang program nuklear awam berkenaan boleh disalah guna oleh Arab Saudi untuk membangunkan senjata nuklear pada masa hadapan.

Sumber: Sinar Harian, Truth Social

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved