Trump Ugut Kenakan “Caj Lebih” Terhadap Korea Selatan Jika Tolak Projek LNG Alaska

WorldPolitics
3 Oct 2026 • 10:33 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Trump Ugut Kenakan “Caj Lebih” Terhadap Korea Selatan Jika Tolak Projek LNG Alaska

WASHINGTON, 3 Okt (Bernama-Yonhap) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengugut untuk mengenakan “caj” lebih tinggi ke atas Korea Selatan jika negara itu tidak bersetuju untuk melabur dalam projek gas asli cecair (LNG) di Alaska, lapor Agensi Berita Yonhap.

Trump sebelum ini mendakwa Korea Selatan akan menyertai pelaburan itu.

Kenyataan itu dibuat semasa sidang media di Rumah Putih, dua hari selepas beliau mendedahkan pakej pertama projek pelaburan AS di Korea Selatan di bawah perjanjian perdagangan dua hala tahun lepas, yang menurutnya terdiri daripada projek LNG, pembinaan loji jana kuasa gas di Texas dan lapan loji tenaga nuklear berskala besar.

Mengenai projek LNG, Seoul telah menyatakan bahawa ia belum memuktamadkan keputusan untuk mengambil bahagian.

Masih tidak jelas apakan “caj” yang dimaksudkan oleh Trump.

Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick sebelum ini berkata Korea Selatan akan melabur lebih US$50 bilion dalam projek Alaska.

Projek LNG itu melibatkan pembinaan saluran paip sepanjang 1,298 kilometer dari North Slope, yang mempunyai rizab gas asli terbukti besar-besaran, ke selatan Alaska untuk mengangkut gas asli itu yang akan disejukkan dalam bentuk cecair untuk penghantaran ke Asia.

— BERNAMA-YONHAP

The post Trump Ugut Kenakan “Caj Lebih” Terhadap Korea Selatan Jika Tolak Projek LNG Alaska appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved