Trump Ugut Kenakan Tarif 25 Peratus Ke Atas iPhone Yang Dibuat Di Luar AS

WorldTechnology
24 May 2025 • 12:46 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Trump Ugut Kenakan Tarif 25 Peratus Ke Atas iPhone Yang Dibuat Di Luar AS

WASHINGTON, 23 Mei (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengugut untuk mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas iPhone yang dijual tetapi tidak dibuat di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Saya telah lama memberitahu [Ketua Pegawai Eksekutif] Apple Tim Cook yang saya menjangkakan iPhone yang akan dijual di Amerika Syarikat mesti dibuat dan dipasang di Amerika Syarikat, bukan di India atau mana-mana tempat lain,” tulisnya di platform Truth Social pada Jumaat.

“Jika tidak, Apple perlu membayar tarif sekurang-kurangnya 25 peratus kepada AS,” katanya.

Trump sejak dahulu lagi menuntut agar Apple menghasilkan iPhone, produk terpentingnya di AS. Namun, pakar berpendapat, perkara itu akan memerlukan pelaburan besar dan menyebabkan harga telefon pintar meningkat secara drastik.

Di bawah kepimpinan Cook, Apple membangunkan rantaian bekalan di Asia sejak beberapa dekad lalu dengan kilang besar, terutamanya di China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu turut meningkatkan pengeluaran di India dan Vietnam, sebahagiannya sebagai tindak balas kepada gangguan bekalan selepas perintah berkurung COVID-19 di China.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved