
WASHINGTON: Presiden, Donald Trump berkata, beliau tidak lama lagi akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada wilayah Amerika Syarikat (AS) selepas Iran dikalahkan.
Beliau berkata demikian sambil ketawa ketika berucap pada satu perhimpunan politik di akademi polis di New York.
“Selepas kita selesai mengalahkan Iran, yang kini sedang mengalami kekalahan teruk, tidak lama lagi saya akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS. Ini benar,” tambahnya.
Trump bersama Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari dengan alasan untuk menamatkan program nuklear kontroversi negara itu serta mencetuskan kebangkitan rakyat.
Bagaimanapun, Iran bertindak balas dengan menguasai secara de facto sebahagian besar Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran sejumlah besar bekalan tenaga dan komoditi dunia.
AS kini masih berdepan kebuntuan dengan Iran berhubung selat berkenaan.
Iran menyekat sebahagian besar pelayaran awam, manakala Tentera Laut AS mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran dalam usaha melumpuhkan ekonomi negara itu.
“Kita mempunyai sekatan. Tiada kapal boleh melaluinya melainkan kita membenarkannya,” kata Trump kepada penyokong dan anggota polis yang bersorak.-AFP
The post Trump umum bakal isytihar Selat Hormuz sebagai ‘wilayah AS’ appeared first on Utusan Malaysia.

