Trump Umum Perang Dengan Iran Hampir Tamat – Fox News

WorldPolitics
15 Apr 2026 • 9:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Trump Umum Perang Dengan Iran Hampir Tamat – Fox News

Trump Umum Perang Dengan Iran Hampir Tamat – Fox News

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran berada pada tahap hampir berakhir, lapor Fox Business.

Sebelum itu, beliau turut mengumumkan bahawa pusingan kedua rundingan akan diadakan dalam beberapa hari akan datang.

“Saya rasa ia hampir tamat, ya. Saya melihatnya sebagai sangat hampir untuk berakhir,” katanya dalam temu bual bersama wartawan Fox News, Maria Bartiromo.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat ketika rundingan damai antara pegawai Amerika Syarikat dan perunding Iran dilaporkan akan diteruskan pada Khamis, selepas pertemuan hujung minggu di Pakistan gagal mencapai kata sepakat.

Walaupun konflik berkenaan hampir berakhir, namun beliau menegaskan bahawa Amerika Syarikat masih belum selesai dengan perkembangan situasi tersebut.

“Jika saya menarik diri sekarang, mereka akan mengambil masa 20 tahun untuk membina semula negara itu dan kami belum selesai

“Kita akan lihat apa yang berlaku. Saya rasa mereka sangat mahu mencapai perjanjian,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak-pihak yang terlibat dilihat cenderung ke arah mencapai perjanjian damai.