
Beberapa minggu lalu di PBB, Presiden Donald Trump mengatakan beliau akan mula menggunakan terma Super Intelligence atau singkatannya SI dan bukan lagi AI untuk kecerdasan buatan. Hari ini beliau mengeluarkan arahan eksekutif mewajibkan penggunaan terma SI dalam kesemua dokumen rasmi kerajaan.
SI digunakan kerana menurut White House, ia lebih tepat menggambarkan janji, potensi, dan keupayaan yang berkembang pesat bagi teknologi-teknologi ini. Kerajaan Amerika Juga tidak akan mengiktiraf penggunaan istilah “kecerdasan buatan” dan “AI” dalam sebarang konteks yang berkaitan selepas ini.
Terma SI wajib digunakan dalam semua urusan surat-menyurat rasmi, komunikasi awam, laman web, laporan, dokumen dasar, dan dokumen bukan berkanun lain dalam cabang eksekutif.




