Trump, Xi Jinping dijangka hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

8 Aug 2025 • 6:46 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Empat pemimpin berpengaruh dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Oktober depan.

Selain itu, Presiden Brazil, Lula Da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa turut dijangka hadir pada persidangan berprestij itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang kemuncak tersebut bakal menjadi perhimpunan besar yang menghimpunkan kuasa besar dunia bersama ketua-ketua negara rantau ini.

“Ia bakal menjadi satu perhimpunan sebenar yang menghimpunkan pusat-pusat kuasa dan pengaruh utama dunia. Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan ASEAN serta rakan dialog kita.

“Ia termasuklah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping dari China,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari ASEAN 2025 di sini, hari ini.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijangka menjadi platform penting bagi membincangkan kerjasama ekonomi, keselamatan serantau dan hubungan strategik dengan negara rakan di peringkat global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved