“Try Dulu Ada Anak Sorang” – Wanita Selar Ustazah Minta Pasangan Berkahwin Jangan ‘Childfree’, Kaitkan Hari Tua Tiada Siapa Jaga

Family & Parenting
18 Jul 2024 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sehingga ke hari ini isu childfree masih menjadi topik hangat di kalangan netizen di platform media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita, dia berkongsi pandangan seorang ustazah meminta agar pasangan yang sudah berkahwin untuk cuba memiliki zuriat terlebih dahulu dan tidak memutuskan untuk tidak mempunyai zuriat.

Sangat tak bertanggungjawab. Macamlah kalau tiba-tiba tak suka boleh pulang balik. Juga bagaimana dengan memalukan orang yang mahu menjalani hidup mereka hanya untuk diri mereka sendiri.

image is not available

Dalam pada itu, dia turut membidas pandangan ustazah itu yang menyuruh pasangan yang tidak cukup duit untuk besarkan anak dan membeli susu, boleh minta pertolongan di pusat zakat.

Malah, dia berasa berang kerana ustazah terbabit sering mengaitkan tentang apabila sudah tua, tiada siapa akan jaga dan akan rasa sunyi jika pilih untuk childfree.

image is not available

Hantaran yang dimuat naik telah menarik perhatian ramai dan rata-ratanya mengaitkan kisah pengabaian terkini yang membabitkan seorang remaja berusia 13 tahun yang tidak dibenarkan masuk rumah selama beberapa hari oleh kedua-dua ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab.

image is not available 2 weeks ago

"Tiada Privasi, Komitmen Besar" - Rasa Anak Membebankan, Pasangan 'Childfree' Bahagia Hidup Berdua