“Kuat Minum Ketum, Buat Rumah Macam Hotel” – ‘Influencer’ Kesal Tinggalkan Kerjaya ‘Modelling’, Suami Pula Jadi Biawak Hidup Di Rumah

Family & Parenting
15 Jul 2024 • 10:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan keputusan hidupnya untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan apabila dia kini menderita kerana sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

Wanita kesal berkahwin dengan suami ‘biawak hidup’

Cerita wanita itu, dia sebelum ini bekerja sebagai ‘influencer’ dan model sambilan serta hidup senang dan mengambil keputusan untuk mengikuti kehendak suaminya setelah mendirikan rumah tangga.

image is not available

Saya tinggalkan semua kerjaya modelling tudung disebabkan suami. Saya tinggalkan dunia review di IG semua sebab taat perintah suami yang tak mahu wajah saya jadi tatapan lelaki lain.

Kata wanita itu, segala penderitaannya bermula apabila suaminya mula menjadi ‘biawak hidup’ dan menjadikan kediaman mereka seperti hotel.

Saya memang dah tak tahan sangat hidup dengan suami. Dia buat rumah macam hotel, tak mahu kerja, saya yang terpaksa tanggung perbelanjaan anak, tanggung duit rumah sewa semuanya.

Suami pernah pukul, dia juga seorang peminum ketum yang sangat kuat. Kalau tak dapat beli ketum, dia jadi baran dan nak jadi marah dan maki-maki.

Suami kaki ketum, buat rumah macam hotel

Malah menurutnya lagi, suaminya juga pernah mencuri wang simpanannya berkali-kali.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Dia panggil saya pelacur atau gelarkan GRO, panggil saya dengan semua nama binatang sedangkan saya hidup hanya ada depan mata dia sahaja, keluar pun dengan dia.

Saya bekerja dari rumah, telefon saya selalu diperiksa suami sehingga password media sosial saya semua dia ada.

Ujar wanita itu, dia pernah meminta cerai namun suaminya enggan melepaskan dirinya.

Akhirnya saya cakap nak pergi pejabat agama untuk failkan cerai, dia hantar macam tu (tangkap layar WhatsApp) dekat saya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyarankan agar wanita itu membuat laporan polis dan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah dengan kadar segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Tak Ikhlas Beri Izin Poligami, Isteri Pertama Stres Suami Belum Cerai Dengan Madu - “Aku Guna Anak Untuk Kawal Suami"