‘Try hard tunjuk peserta GSF macam pengganas’ – Nadir Al Nuri

WorldPolitics
3 Oct 2025 • 1:27 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, tampil memberi penjelasan berhubung video tular yang dimanipulasi pihak rejim Israel melibatkan penahanan peserta Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi hantaran di Facebook, Nadir menegaskan bahawa pihaknya tidak berkongsi rakaman berkenaan kerana mempercayai propaganda musuh, sebaliknya kerana rasa simpati melihat usaha “terdesak” Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang cuba menggambarkan peserta flotilla sebagai pengganas.

“Pertama sekali, kita tak kongsi video tu sebab percaya pada propaganda mereka. Kita kongsi sebab kesian tengok pengganas Ben-Gvir ni ‘try hard’ sangat nak tunjuk peserta GSF macam pengganas. Bila peserta mula laung Free Free Palestine, terus video itu dipotong,” katanya.

Baca juga:

Isu Bantuan Kemanusiaan

Menolak dakwaan Israel kononnya flotilla hanya membawa satu kotak bantuan, Nadir menjelaskan bahawa team Sumud Nusantara (SN) telah membeli, membungkus dan mengagihkan bantuan dalam jumlah yang banyak ke majoriti kapal yang menyertai misi tersebut.

“Mereka tuduh cuma ada satu kotak bantuan. Padahal team SN sendiri yang sediakan dan kita dah tunjukkan bukti melalui video di media sosial,” jelasnya lagi.

Identiti Peserta Malaysia

Selain itu, pada saat 0:06 dalam rakaman tersebut, Nadir berkata jelas kelihatan kelibat peserta Malaysia termasuk Kakja, Ika (The Helmis) serta beberapa lagi rakan seperjuangan.

Beliau menambah, semangat para peserta tetap tinggi walaupun ditahan, malah mereka kelihatan gagah serta reda dengan segala risiko yang dihadapi.

“Kakja dan Ika khususnya dipilih sebagai peserta akhir oleh SN untuk menyertai flotilla kerana keberanian mereka. Malah, mereka sanggup meninggalkan Madinah demi menjayakan misi kemanusiaan ini,” katanya.