Tsunami 0.4 Meter Dijangka Landa Pantai Sabah

LocalEnvironment
8 Jun 2026 • 12:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penduduk di beberapa kawasan pantai Sabah diminta lebih berwaspada susulan jangkaan tsunami 0.4 meter yang boleh berlaku antara jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin.

Perkara itu dimaklumkan selepas gegaran turut dirasai di sekitar Tawau dan Semporna, sekali gus membuatkan pihak berkuasa mengambil langkah awal demi keselamatan orang ramai.

Tsunami dijangka landa empat kawasan Sabah

Image from: Tsunami 0.4 Meter Dijangka Landa Pantai Sabah
Kesan gempa bumi di Selatan Filipina

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, analisis MET Malaysia menunjukkan tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Beliau berkata, siren tsunami juga sudah dibunyikan di empat lokasi sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat.

Berdasarkan analisis MET Malaysia, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Siren nasihat tsunami dibunyikan di empat lokasi sebagai langkah kesiapsiagaan dan amaran awal kepada penduduk di kawasan terlibat.- Katanya.

Gempa kuat dikesan di Mindanao

Image from: Tsunami 0.4 Meter Dijangka Landa Pantai Sabah
Image from: Tsunami 0.4 Meter Dijangka Landa Pantai Sabah

Terdahulu, gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 pagi.

Gempa itu direkodkan pada kedalaman 50 kilometer dan dipercayai menjadi punca kepada amaran risiko tsunami di kawasan pantai tertentu di Sabah. Arthur turut menasihati orang ramai di kawasan terlibat supaya tidak mengambil mudah dengan keadaan semasa.

Pssttt! Dalam situasi macam ni, jangan panik tapi jangan pula ambil ringan. Kalau korang berada di kawasan terlibat, ikut arahan pihak berkuasa, jauhi pantai buat sementara waktu dan sentiasa semak maklumat rasmi daripada MET Malaysia.

Kredit: Malaysian Meteorological Department
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tsunami 0.4 Meter Dijangka Landa Pantai Sabah appeared first on Oh! Media.