TTS Beach Village @ Semenyih - Port Percutian Viral Yang Siap Ada "Private Beach" Sendiri

Travel
1 Nov 2022 • 4:26 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Beberapa hari lepas, sebuah penginapan di Airbnb telah viral di media sosial disebabkan keistimewaannya yang menawarkan pengalaman percutian unik dan membuat ramai teruja.

Mana tidaknya, penginapan tersebut lengkap dengan "pantai mini buatan" peribadi yang pastinya memberikan pengalaman menarik kepada pengunjungnya.

Penginapan Airbnb tersebut dikenali sebagai TTS Beach Village dan terletak di Semenyih, Selangor.

Lokasinya hanyalah kira-kira 40 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan sangat sesuai untuk mereka yang mahu lari dari hiruk pikuk kota.

Untuk pengetahuan anda, penginapan ini boleh memuatkan maksimum sehingga 26 orang dan mempunyai 5 bilik tidur berhawa dingin dengan 22 katil.

Boleh dikatakan penginapan ini cukup besar dan bolehlah anda bersama keluarga atau rakan ‘staycation’ di sini.

Selain daripada pantai mini buatan, penginapan ini juga memiliki kolam renang dan juga jakuzi.

image is not available

image is not availableimage is not available

image is not available

image is not available

Selain itu, kemudahan ruangan BBQ, tasik memancing, dapur memasak dan steamboat juga tersedia.

Malah, perkakas memasak di sini siap ada khusus untuk barangan halal, maka tidak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ini.

Jom kita lihat gambar-gambar di kawasan penginapan ini:

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Bagi anda yang tertarik dan mahu cuba menginap di sini, anda bolehlah membuat tempahan di sini.

Berdasarkan tinjauan, harga penginapan satu malam di sini adalah RM1,713

Sumber: The Vocket