“Tu Air Lubang Jamban, Sisa Sampah! Ni Bawa Penyakit Dekat Anak Sendiri” – Tular Video Ibu Bapa Bawa Anak Mandi Air Banjir

LocalEnvironment
2 Dec 2024 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kini terdapat beberapa daerah di negeri-negeri Pantai Timur sedang menghadapi situasi banjir yang membimbangkan dan ramai yang dipindahkan ke PSS susulan rumah mereka telah ditenggelami air.

Bawa anak-anak mandi air banjir

Bagaimanapun, baru-baru ini, tular satu video di platform X memaparkan sesetengah keluarga membawa anak-anak bermain air banjir di kawasan yang dinaiki air.

Susulan tular video, netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan ibu bapa membawa anak-anak mereka bermandi-manda air banjir kerana mengetahui bertapa kotornya air banjir terbabit dan boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam kepialu, taun serta lain-lain.

Netizen luah rasa kesal, ibu bapa tak bertanggungjawab

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, warganet kebanyakannya merasakan ibu bapa tersebut sememangnya tidak mempunyai sikap bertanggungjawab dengan membiarkan anak mandi air kotor itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 4 hours ago

Gadis Naik Sampan Redah Banjir Untuk Hantar 'Assignment' Buat Netizen Sebak - "Moga Dapat A Setiap Semester"