“Tu Bukan Hijab” – Individu Kecam G-Dragon Pakai Skarf Seperti Hina Islam Tapi Lain Respon Netizen

WorldEntertainment
23 Jul 2025 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, bintang K-Pop yang popular di serata dunia iaitu G-Dragon telah menggegarkan Kuala Lumpur dengan konsert jelajah solo ‘Übermensch’.

Terkenal dengan fesyen unik dan lain dari yang lain, ahli BIGBANG tersebut telah muncul dengan pelbagai kostum yang membuatkan ramai mengakui mengapa dia digelar ikon fesyen.

Antara item pakaian yang sering diperagakannya ialah skarf kecil diikat rapi di kepalanya namun tak semena-mena hal itu dibahas oleh warga tempatan di Threads.

image is not available

Kata individu yang memulakan perbahasan itu, G-Dragon seolah-oleh menghina Islam dengan memakai skarf ‘asal boleh’ seperti itu. Walau bagaimanapun, hujahan itu menerima kecaman ramai memandangkan skarf sering digayakan sedemikian di negara lain.

Pun begitu, individu berkenaan terus menekankan hujahan bahawa penyanyi tersebut telah menghina Islam sebagai seorang yang bukan penganut agama ini.

Selain itu, individu berkenaan turut mengatakan bahawa dia menerima segala kritikan yang membanjirinya namun berdoa segala komen menghina itu berbalik kepada semua netizen yang meninggalkan komen berkaitan.

image is not available 2025-07-22 15:39:53

"Tak Sensitif" - Jatuh Pada Bulan Ramadan, Peminat Kecam Penganjur Konsert K-Pop NCT Wish Di KL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved