Peminat Serbu Sampai Pemeriksaan Sekuriti Di Lapangan Terbang KL, Wajah ‘Bengis’ G-Dragon Tular

LocalEntertainment
21 Jul 2025 • 2:45 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Insiden kurang menyenangkan tercetus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini apabila G-Dragon, ahli kumpulan BIGBANG, kelihatan marah ketika melalui pemeriksaan keselamatan dalam perjalanan pulang ke Korea Selatan. Kejadian tersebut berlaku selepas konsert solonya, Übermensch, yang berlangsung di Axiata Arena.

Dalam video yang dimuat naik oleh peminat, penyanyi itu dilihat berjalan pantas dan enggan menoleh, dipercayai terganggu oleh kehadiran ramai peminat sasaeng yang berkumpul di kawasan terlarang dan tidak sepatutnya diakses oleh orang awam. Situasi menjadi semakin sesak sehingga menyebabkan suasana tidak terkawal.

Tindakan peminat yang melanggar privasi G-Dragon telah mengundang kritikan hebat daripada netizen, yang menyelar sikap tidak hormat tersebut. Ramai meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah peminat yang sanggup melanggar batas demi mendekati idola mereka.

Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan tentang keperluan memperketat kawalan keselamatan dan menghormati ruang peribadi artis, terutamanya ketika mereka sedang melakukan perjalanan.

Boleh hormat ruang privasi dia kot?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article