“Tu Tanggungjawab B*ngok..” – Puji Suami Korban Waktu Tidur Demi Anak, Elisya Sandha Dikata ‘Over’

13 Jul 2022 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pelakon Elisya Sandha baru-baru ini ada membuat majlis aqiqah anak perempuannya yang bernama Bunga Elhaq pada Hari Raya Aidiladha.

Elisya juga ada berkongsikan foto-foto sepanjang majlis aqiqah berlangsung di Instagramnya dan membuat nukilan istimewa untuk suami tercinta, Uzair Haqimy sudah banyak berkorban demi anak perempuan seperti bangun setiap malam bagi menukarkan lampin pakai buang yang dipakai oleh anak.

Biarpun hanya ingin berkongsi perasaannya, ada sesetengah netizen yang berasa ‘muak’ melihat nukilan tersebut kerana merasakan ia sememangnya perkara yang perlu dilakukan apabila sudah bergelar ibu bapa.

Menurut mereka lagi, ia sememangnya merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk berbuat sedemikian dan bukannya satu perkara yang perlu ‘dibanggakan’ oleh Elisya.

Sedar dirinya dikecam kerana membuat posting tersebut, pelakon terbabit mengambil jalan untuk tidak mengendahkan kecaman-kecaman yang diterima dan tidak memerlukan justifikasi warganet.

Tambahannya lagi, selagi perkongsiaannya bukan berbaur buruk, maka ia bukanlah satu hal yang besar yang perlu difikirkan olehnya serta keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Kami Sedang Tunggu SIRIM & HALAL.." - Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha, Neelofa Tak Diam Diri