‘Tuah’ Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta

20 Apr 2023 • 10:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Di Sebalik Kejayaan Suami Pasti Di Belakangnya Berdiri Seorang Isteri”

‘Tuah’ Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta. Seorang lelaki dari Klang baru-baru ini bergelar jutawan sekelip mata hanya kerana dia mendengar nasihat isterinya. Menurut kenyataan dari Big Sweep Lottery, pemenang, Encik Cheng (bukan nama sebenar), yang berasal dari Klang telah lama membeli tiket loteri 4D, dan beliau sering ‘bertaruh’ nombor bertuahnya.

Namun malang baginya, nombor yang dipertaruhkan pada hari itu telah habis dijual. Situasi itu benar-benar mengecewakan beliau.

image is not available
‘Tuah’ Dengar Nasihat Isteri, Lelaki Ini Menang Jackpot RM3 Juta. Kredit: Wau Post

Tidak lama selepas itu, isterinya mencadangkan beliau mencuba nasib di kedai loteri yang berdekatan.

Hanya kerana dengar pendapat isteri

Beliau menerima cadangan isterinya tambahan sudah banyak kali membuat percubaan ‘pertaruhan’ di kedai yang sama.

image is not available

Apa yang mengejutkan, nombor yang dibelinya di kedai tersebut merupakan nombor bertuah dan merupakan hadiah pertama di BIG loteri.

Beliau membawa pulang RM3 juta dan sekelip mata bergelar jutawan pada hari tu.

“Nampak? Tak salah pun dengar nasihat isteri”

Bagi Cheng, dia mengakui mendengar nasihat isterinya pada hari itu adalah antara keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

“Mendengar nasihat isteri saya benar-benar membawa hasil!”

“Saya juga akan menggunakan wang itu untuk masa depan anak-anak saya.”

image is not available

Dengan RM3 juta dalam tangan, ramai di antara kita akan mempunyai pelbagai idea tentang cara menggunakan wang tersebut. Cheng bagaimanapun berkata bahawa beliau tidak akan hidup mewah atau berbelanja untuk sesuatu yang mewah.

Sebaliknya, Cheng memberikan wang itu kepada isterinya untuk simpanan bagi pihaknya.

Baca lagi artikel terkini: