Tuah haruan 0.925 gram bawa pulang RM4,000

15 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tuah haruan 0.925 gram bawa pulang RM4,000

KUALA LUMPUR – Seekor haruan seberat 0.925 gram yang dinaikkan membawa tuah kepada seorang pemancing apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Raja Tasik Selangor 2026 di Tasik Pandan Perdana, Ahad lalu.

Mohd. Arif Ahlfas, 41, dari Ampang berjaya menaikkan ikan tersebut pada pukul 9.27 pagi menggunakan umpan cacing membawa pulang hadiah Wang tunai RM4,000.

Beliau melahirkan rasa gembira dengan kemenangan itu dan berhasrat berkongsi wang hadiah bersama keluarganya.

Tempat kedua dimenangi Mohd. Fahriszal Mohd. Aris, 46, dari Segambut selepas menaikkan haruan seberat 0.820 gram pada pukul 10.09 pagi menggunakan umpan hati ayam dan menerima RM1,000.

Abdul Latif, 46, dari Cheras pula menduduki tempat ketiga selepas menaikkan ikan keli seberat 0.785 gram pada pukul 10.39 pagi menggunakan umpan hati ayam dan membawa pulang RM500.

Pertandingan itu mendapat sambutan meriah apabila hampir 500 peserta dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak hadir mencuba nasib masing-masing.

Walaupun ikan patin yang dinantikan tidak berjaya dinaikkan, ia tidak menghalang peserta untuk terus mencuba nasib sehingga pertandingan berakhir.

Hampir 300 ekor ikan pelbagai spesies berjaya dinaikkan sepanjang pertandingan antaranya haruan, keli, baung, raja dan tilapia.

Pertandingan tersebut dianjurkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Airfour Classic dengan kerjasama Jawatankuasa Zon 21 MPAJ serta mendapat sokongan Tourism Malaysia.

Selain menyediakan aktiviti rekreasi kepada masyarakat, pertandingan itu turut menjadi antara usaha mengeluarkan ikan larangan bagi memelihara ekosistem tasik dan memastikan spesies ikan tempatan terus kekal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur berkata, penganjuran program itu berjaya menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam suasana sihat, santai dan muhibah.

“Sambutan yang menggalakkan menunjukkan pertandingan seperti ini wajar diteruskan dan dijadikan acara tahunan,” katanya.

The post Tuah haruan 0.925 gram bawa pulang RM4,000 appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved