Tuah talang 1.085kg bawa pulang RM7,000

12 Aug 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tuah talang 1.085kg bawa pulang RM7,000

KLANG – Seorang pemancing membawa pulang hadiah lumayan RM7,000 selepas dinobatkan sebagai juara apabila menaikkan seekor ikan talang seberat 1.085 kilogram pada Selangor Surfcasting Challenge 2026 di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang Ahad lalu.

Kamal Mohamad, 44, dari Perak menaikkan ikan tersebut pada pukul 12.06 tengah hari menggunakan umpan udang hidup sekali gus menewaskan kira-kira 300 peserta dari beberapa negeri.

Di yang merupakan bekas tentera tidak menyangka tangkapannya membolehkan dia muncul juara dan menyifatkan kemenangan itu sebagai kenangan manis dan meraikannya bersama rakan-rakan serta ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.

Sepanjang pertandingan tersebut, hampir 300 ekor ikan berjaya dinaikkan membabitkan pelbagai spesies antaranya talang, duri, gelama, malong, tetanda, yu, daun baru, semilang, senangin, ketuka dan kurau.

Tempat kedua milik Zulkeflee Abd Aziz, 48, dari Selangor yang membawa pulang RM1,000 selepas menaikkan ikan duri seberat 600 gram, manakala Ramat, 45, juga dari Selangor meraih RM500 menerusi ikan gelama seberat 540 gram.

Meskipun hujan, keadaan itu tidak mematahkan semangat peserta yang datang dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor untuk menguji kemahiran masing-masing.

Image from: Tuah talang 1.085kg bawa pulang RM7,000

PEMENANG Selangor Surfcasting Challenge 2026 bergambar bersama penganjur selepas majlis penyampaian hadiah di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, sambutan tersebut membuktikan Tanjung Harapan semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti pemancing dan berpotensi diperkukuhkan sebagai antara hab memancing serta produk pelancongan di Selangor.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan sambutan terhadap penganjuran kali kedua pertandingan tersebut terutama apabila ia berjaya menarik penyertaan pemancing dari luar Selangor.

“Penganjuran kali kedua ini menunjukkan jenama Selangor Surfcasting Challenge semakin mendapat tempat di hati para pemancing.

“Kehadiran kira-kira 300 peserta dari beberapa negeri juga membuktikan pertandingan ini mempunyai potensi untuk berkembang dan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Abd. Hamid berkata, kedudukan Tanjung Harapan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur dan Shah Alam memberi kelebihan untuk kawasan berkenaan terus dibangunkan sebagai destinasi pelancongan, memancing dan rekreasi keluarga.

Beliau berkata, kejayaan penganjuran kali kedua Selangor Surfcasting Challenge memberi keyakinan supaya pertandingan itu diteruskan tahun depan dan seterusnya berpotensi berkembang sebagai antara acara atau sirkit memancing yang dinanti-nantikan kaki pancing.

“Kita juga berharap pengunjung menjaga kebersihan, keselamatan dan kemudahan yang disediakan. Apa sahaja yang dinaik taraf oleh pihak majlis termasuk pencahayaan perlu dijaga bersama.

“Elakkan melakukan perkara di luar batasan yang boleh menjejaskan kawasan ini. Kita mahu keindahan Tanjung Harapan terus terpelihara untuk dinikmati semua,” katanya.

The post Tuah talang 1.085kg bawa pulang RM7,000 appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved