“Tuala Basah Campak Atas Tilam, Kencing Bersepah Titis Atas Jamban…” – Baru Kahwin 2 Bulan Tapi Menyesal, Baru Tahu Suami Pengotor

7 Jun 2025 • 5:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Luahan seorang wanita tentang suaminya mengundang rasa simpati netizen yang berharap dia kuat untuk tinggalkan lelaki berkenaan.

Kata wanita itu, mereka mendirikan rumah tangga pada dua bulan lalu dan dia baru tahu bahawa suaminya seorang yang pengotor.

Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah bertitis atas tempat duduk toilet dan kahak kat sinki. I geli.

Tambahnya, dia mengambil pendekatan untuk tidak bercakap apabila berasa marah dengan tindakan suami dan akui berasa menyesal berkahwin dengan lelaki itu.

Tak sangka dia pengotor. Macam mana nak tegur habit macam tu? Tolong!

image is not available

Perkongsian itu meraih perhatian ramai netizen di mana rata-ratanya mencadangkan wanita tersebut untuk berterus terang dan menegur suaminya.

Dengan usia perkahwinan baru 2 bulan, netizen berkata ada harapan untuk suami berubah sekiranya isteri berkomunikasi dan mereka berbincang baik-baik.

Tegur je, nak gaduh pun gaduh la.

Tegur je dengan berhemah, sampai dia fed up.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

Suka Meludah Di Tangga Dan Dinding, Penduduk Flat Taman Impian Indah Buntu Sikap Pengotor Warga Asing