Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

5 Jun 2026 • 4:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

KUALA PILAH - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti.

Keberangkatan baginda diiringi kedua-dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin serta Tunku Zain Al-'Abidin.

Solat diimamkan oleh Imam 1 Masjid Kariah Gunung Pasir, Wan Muhammad Saifuddin Wan Salim.

Usai menunaikan solat Jumaat, baginda turut berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama rakyat di Luak Tanah Mengandung.

Kira-kira 500 orang hadir menyertai majlis berkenaan. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved