“Tuanku tidak marah” – Lelaki Sebut ‘Gung Salam Gung’ Syukur YDPA Tidak Marah Dengan Panggilan

Entertainment
8 Sep 2023 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kembara Kenali Sabah yang telah berlangsung baru-baru ini, benar-benar mengeratkan hubungan di antara rakyat dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarganya.

YDPA yang terharu dengan sambutan yang diterima daripada rakyat Sabah turut berkongsi kisah lucu sepanjang kembara itu, apabila ada di antara rakyat yang memanggil Seri Paduka dengan berbagai panggilan termasuklah ‘Pakcik Agong’, ‘Abang Agong’ dan ‘Gung Gung Gung’.

image is not available

Cakap ‘Gung salam gung’, mujur YDPA tak marah

Lelaki yang tular bercakap pada YDPA, ‘Gung salam gung’ telah memuat naik video di TikTok semalam mengucapkan rasa lega dan syukur bahawa baginda tidak terasa hati dengan perkara tersebut.

Dia yang berasal dari Tawau menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk berlaku biadap kepada YDPA dan perkara tersebut berlaku kerana dia terlalu teruja bertemu dengan baginda.

@anasdaniell

Alhamdulillah Terima kasih Tuanku dgn Viral video Tuan ku sy Tenang Hati .. Daulat Tuanku#tawaufm #fypdongggggggg #fypシ #tawau #fyp #Rtmtawau #daulattuanku #erasabahtiktok #maaf

♬ Healing Song – Piano Peace

Malah katanya lagi, baginda yang memandu pada ketika itu sanggup memberhentikan kereta demi untuk bersalam dengannya.

Kalau kamu berada dalam situasi ketika itu, kamu pasti akan cepat-cepat kejar Yang di-Pertuan Agong. Orang istana tu beb, orang istana bukan orang sembarangan yang susah kita mahu jumpa.

“Alhamdulillah aku antara orang yang bertuah dari Tawau, bila saya beri salam dan Tuanku menjawab salam. Saya terkejut lagi, Tuanku berhenti, sehingga saya lupa protokol dan cakap, Tuanku boleh saya salam?” katanya.

image is not available

Meskipun dia mengakui menerima pelbagai kecaman netizen yang tidak faham dengan situasi yang dialaminya, dia bersyukur Tuanku tidak marah dengan rakyat yang tidak biasa dengan protokol istana itu.

Perkongsian yang menerima 14.6K likes itu mendapat komen positif netizen yang terharu dengan apa yang berlaku dan mengakui lelaki terbabit sangat beruntung kerana dapat bertemu dengan YDPA.

Seronoknya tengok orang-orang Sabah jumpa Agong…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.