“Tubuh kecil, jiwa besar” – Faisal Halim Makin Ceria, Peminat Syukur Nampak Perubahan

31 Jul 2024 • 5:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun ujian berat menimpa diri sebelum ini, penyerang bola sepak kebangsaan Faisal Halim kini nampak ceria setelah lama tidak beraksi.

Faisal Halim berlakon pula?

Dalam video yang dimuat naik di TikTok @pakmatwestern, Faisal Halim telah dijemput berlakon dan mempromosikan salah satu produk makanan jenama tempatan.

Kemunculan Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey, telah mengubat rindu para peminat yang sudah lama menunggu update kesihatannya. Mickey juga nampak santai dan tidak kekok ketika menjayakan watak dalam iklan itu.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

Dia turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan para peminat yang tidak henti mendoakannya selama ini.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan peminat yang selalu mendoakan Mickey. Apa yang saya harap, doa yang terbaik untuk saya dan dapat kembali dengan cepat untuk beraksi.

Pun begitu, pergerakan pemain bola sepak kebangsaan itu dilihat agak terbatas kesan daripada melecur di tangan sebelah kiri yang ditutupi dengan sarung lengan berwarna hitam. Jelas juga pada sebelah kiri wajah dan tangan kanan, ada beberapa parut yang semakin pulih.

“Tubuh kecil, jiwa besar”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen amat teruja melihat Faisal Halim yang nampak bersemangat dan tidak berputus asa walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, aset bola sepak negara itu telah diserang oleh individu yang telah menyimbah asid sulfirik pada badannya dan kesan daripada itu, sebahagian tubuh badan Faisal Halim telah melecur tahap empat. Setakat ini, pelaku tersebut masih belum dikesan.

Come back stronger Mickey!

Sumber: TikTok, Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article