Tuduhan Abaikan Anak, Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah

13 Jun 2024 • 11:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengabaikan anak sehingga berkemungkinan menyebabkan kecederaan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, kedua-dua tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira membuat pengakuan terbabit selepas Hakim Dr Syahliza Warnoh mendengar pertuduhan yang dibacakan dihadapannya.

image is not available

Foto: Bernama

Jika didapati bersalah, suspek yang masing-masing berusia 29 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama membolehkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat pula selaku peguam yang mewakili Zaim dan Isma.

image is not available

Foto: Info Rakyat

Dalam pada itu, tempoh reman pasangan tersebut akan berakhir hari ini setelah mereka ditahan pada 31 Mei lalu bagi membantu siastan mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Namun begitu, selain didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh kanak-kanak tersebut, Fahmi Abd Moin memaklumkan bahawa anak guam dan isterinya turut berpotensi untuk dibicarakan atas pertuduhan lain.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar dan Faris Fuad)