“Tuduhan itu palsu” – Didakwa Curang, Ah Moi Akan Ambil Tindakan Undang-undang Kepada View Chin

Entertainment
19 Apr 2023 • 3:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Masih kecoh berkenaan mengenai pasangan influencer sensasi View Chin dan Shermine Hau atau lebih dikenali sebagai Ah Moi.

Semalam, View Chin mengeluarkan kenyataan isterinya itu curang dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk bercuti atau healing dengan rakan sekerjanya Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira ke Bali, Indonesia.

Pun begitu, isterinya Ah Moi menerusi laman Instagram miliknya mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan dirinya curang itu palsu dan dia mahu mengambil tindakan ke atas suaminya itu.

image is not available

Hantaran IG Story itu menyatakan tuduhan tersebut telah menyebabkan reputasinya tercalar, Ah Moi berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang beserta menuntut ganti rugi dan pampasan.

Sebelum ini tular di media sosial apabila Ah Moi berkongsi bukti beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara View Chin dan Mira yang didakwa ‘berskandal’ di TikTok dan Facebook miliknya.

Hubungan Ah Moi dan View Chin mula bergolak dan menjadi bualan ramai selepas wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya bersama Mira semasa dia masih lagi dalam pantang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.