‘Tuduhan Mohamaddin tidak berasas’

Politics
30 Jun 2022 • 11:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tuduhan Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi alasan beliau keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tidak berasas dan jelas mahu mengalih perhatian di atas kegagalan sebagai wakil rakyat di kawasan itu, dakwa Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu, Abdul Hakim Gulam Hassan.

Menurut Abdul Hakim, Mohamaddin yang menyertai Bersatu November lalu selepas keluar daripada Parti Warisan sebenarnya tidak berpuas hati kerana keinginan peribadinya tidak tercapai iaitu jaminan sebagai calon Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, Mohamaddin sepatutnya maklum bahawa pemilihan calon pilihan raya adalah atas budi bicara pucuk pimpinan dan bukan di peringkat bahagian.

“Dakwaan beliau kononnya tidak diberi peranan dalam parti agak tidak jelas kerana semua maklum beliau masih berperanan besar sebagai wakil rakyat Segama dan Ahli Parlimen Lahad Datu.