“Tugas kami bukan sekadar mendidik”- Terharu! Guru Cuci Rambut & Bersihkan Kutu Di Kepala Murid-murid

Entertainment
7 Dec 2023 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah, mereka bukan sahaja perlu mendidik pelajar malah mereka juga antara individu yang akan mencorak generasi masa hadapan.

Terbaru, sebuah video di TikTok tular memaparkan beberapa orang guru yang membantu sekumpulan pelajar mencuci serta membersihkan rambut mereka yang terkena kutu.

Menurut laporan Kosmo!, guru-guru berkenaan bertugas di sebuah sekolah pendalaman yang majoritinya pelajar dari suku kaum Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Balar, Gua Musang, Kelantan.

@cikguoffroad Kebersihan sangat perlu.Aku cuma kongsi kisah guru-guru yang bukan semua orang tahu. Ada yang mengeji ada yang memuji.Namun tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri.Semua guru begini.Saat mereka hadir ke sekolah, itupun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka.Maka inilah kisah kami di belantara.Kami tidak berjoget.Kami tidak terkinja kinja.Kami hanya melakukan apa yang perlu.Begitulah. #cikgutiktok #gurupedalaman #sekolahpedalaman #muridorangasli #orangaslitemiar #cikgusekolah #sekolahkurumahku #amanahkami ♬ Sedekah – XPDC

“Tugas kami bukan sekadar mendidik tetapi menyantuni mereka seperti anak kami sendiri. Semua guru begini.

Saat mereka hadir ke sekolah, itupun kami sudah rasa berbangga kerana di sinilah segalanya untuk mereka. Maka inilah kisah kami di belantara.

Kami tidak berjoget, kami tidak terkinja kinja, kami hanya melakukan apa yang perlu,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian pengguna TikTok @cikguoffroad itu meruntun hati ramai netizen yang kagum dengan tindakan guru-guru tersebut.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 3K komen.

Hebatnya cikgu, jasa yang tidak terbalas!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.