“Tuhan dah bagi tubuh badan, kena hargai” – Luahan Pak Cik OKU Jual Lukisan Undang Sebak

Entertainment
26 Jul 2024 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

‘Kurang’ dari segi fizikal bukan alasan untuk pak cik OKU ini mencari rezeki untuk dirinya.

Jual lukisan di kaki lima jalan

Menerusi satu perkongsian video TikTok oleh @bosmel yang gemar membantu peniaga kecil, dia kali ini menolong pula seorang pak cik OKU yang menjual lukisan di kaki lima jalan. Walaupun pendapatan harian pak cik itu agak perlahan, dirinya nampak tenang dan percaya dengan rezeki Tuhan.

Bosmel telah meminta pak cik tersebut melukis gambarnya sambil mereka berdua berborak bersama-sama. Setiap hari, pak cik itu datang ke tempat tersebut menaiki kerusi rodanya dan perjalanannya dari rumah memakan masa 20 minit.

image is not available
Sumber: tiktok

Kadangkala, dia terpaksa tidur di kaki lima tersebut jika tidak dapat pulang ke rumah kerana hujan lebat malah pendapatan melukis itu pula hanya ‘cukup makan’.

Sebenarnya melukis ni kena ada ketenangan.. kalau takda mood kan tak boleh lukis. Satu pekerjaan mana boleh tunggu mood.

Lebih memilukan, pak cik tersebut pernah kemalangan dan kena demam panas menyebabkan dirinya jadi seperti itu.

image is not available
Sumber: tiktok

“Tuhan dah bagi tubuh badan, kena hargai”

Bila ditanya apakah yang membuatkan dia terus cekal untuk berniaga lukisan, jawapan pak cik itu telah meruntun hati netizen.

Tuhan sudah bagi kita tubuh badan kan.. kita kena hargailah kan.. kebebasan bukan boleh beli dengan duit.

Bosmel meminta mahu membayar lukisan itu sebanyak RM10 walaupun harga asalnya adalah RM30 namun pak cik itu terima sahaja wang tersebut.

Sementara sahaja kita perlukan untuk hidup. Ingat, duit bukan segala-galanya.

Disebabkan itu, Bosmel terus menyelit sejumlah wang kepada pak cik itu walaupun dia menolak secara baik berkali-kali.

@bosmel

Tuhan sudah bagi tubuh badan kita kena hargai. Kita doa pakcik sentiasa kuat dan dipermudahkan lagi segala urusan

♬ Very Sad – Enchan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen sebak mendengar nasihat pak cik itu. Ada yang memberitahu pak cik tersebut berniaga di kaki lima jalan berdekatan Maybank Wangsa Maju.

image is not available image is not available

Nasihat pak cik tu memang menusuk…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article