Tujuh kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap 1 - MetMalaysia

LocalEnvironment
18 Apr 2026 • 5:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat meliputi seluruh Perlis dan Setiu di Terengganu.

Turut tersenarai adalah lima kawasan di Kelantan, iaitu Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved