Tujuh laporan kes khianat kad cip elektronik TM di Lipis

16 Jan 2024 • 2:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak tujuh laporan diterima oleh pihak polis berhubung kes khianat kad cip elektronik milik syarikat Telekom Malaysia (TM) di daerah ini.Gambar hiasan

LIPIS - Sebanyak tujuh laporan diterima oleh pihak polis berhubung kes khianat kad cip elektronik milik syarikat Telekom Malaysia (TM) di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor memberitahu, laporan diterima daripada orang awam melibatkan kehilangan kad tersebut pada peti milik syarikat berkenaan sepanjang Disember dan Januari.

Menurutnya, kejadian tersebut disyaki dijalankan pada waktu siang sekitar jam 9 pagi hingga 5 petang.

"Orang ramai diminta melaporkan dengan segera kepada pihak polis sekiranya terlibat sebarang aktiviti yang meragukan melibatkan cip elektronik pada peti milik Telekom Malaysia.

"Jika terdapat maklumat berkaitan, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Aiman di talian 017-7093942 atau penolong pegawai penyiasat di talian 013-2996456," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, orang ramai juga boleh menghubungi terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Lipis di talian 09- 3122222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved