Tujuh maut selepas Siklon Freddy badai Madagascar

24 Feb 2023 • 12:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANTANANARIVO (Madagascar): Angka kematian akibat Siklon Tropika Freddy kini meningkat kepada tujuh orang, manakala lebih 13,000 lagi hilang tempat tinggal, menurut Pejabat Pengurusan Risiko Bencana Negara (BNGRC) pada Khamis.

Seramai 68,809 orang di tujuh wilayah dilaporkan terjejas, manakala lebih 12,000 kediaman dinaiki air atau rosak, dan 1,206 lagi musnah, lapor Xinhua.

“Kami dan rakan kemanusiaan kami menyokong kerajaan dalam tindak balas kemanusiaan dan telah menyalurkan bantuan kepada kira-kira 7,000 mangsa,“ kata ketua jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres, Stephane Dujarric.

Jurucakap itu juga berkata agensi-agensi kemanusiaan akan mula mengagihkan wang tunai dan bantuan pendidikan pada minggu depan.

Siklon Tropika Freddy melanda tenggara negara itu sebelum bergerak ke arah barat daya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved