
Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, negeri yang terlibat adalah Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur serta WP Putrajaya.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Terengganu, termasuk Dungun dan Kemaman.
“Selain itu, beberapa daerah Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang juga diramal hujan. Di Selangor, kawasan yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Sementara itu di Negeri Sembilan hanya melibatkan daerah Jelebu. Beralih ke Sarawak, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) dijangka hujan.
“Bagi Sabah, termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid07oNXPGLcbEjjinnKh6ZjNe223rsNpN3TGGZNYEPaWtpJLheUyhar633suQs7FhMel
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


