Tujuh nelayan Thailand, Kemboja positif dadah didenda RM21,000

5 Aug 2026 • 2:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tujuh nelayan Thailand, Kemboja positif dadah didenda RM21,000

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menyalahguna dadah, tujuh nelayan warga Thailand dan Kemboja pada dua minggu lalu didenda keseluruhan RM21,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff memerintahkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas keseluruhan pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Lima tertuduh warga Thailand ialah Samohlong Mr. Adun, Khade Mr. Sikifli, Aewae Mr. Iman, Dueramae Mr. Armeen dan Chuni Mr. Mahromerlee, manakala Les Sok dan Soh Salymin pula merupakan warga Kemboja.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua awak-awak bot nelayan itu didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam tubuh badan mereka sendiri.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam dua bot nelayan yang bersauh di perairan Pulau Pinang berhampiran Pulau Redang, Kuala Nerus dekat sini pada 21 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, tujuh nelayan asing tersebut ditahan dalam pemeriksaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan operasi dengan Kapal Maritim (KM) Bagahak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam mahkamah sama, dua nelayan warga Thailand berkenaan iaitu Jehmae Mr. Arsu, 44, dan Samae Mr. Wisit, 65, masing-masing didenda RM1,000 dan RM800 setelah didapati bersalah menyalahgunakan pas lawatan sosial. – KOSMO! ONLINE

The post Tujuh nelayan Thailand, Kemboja positif dadah didenda RM21,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved