6 Beradik Penganggur Berdepan Hukuman Gantung Atas Pertuduhan Edar D*dah

28 Jul 2026 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 28T155540.156

Niat mahu meraih hasil mudah bertukar padah apabila enam beradik antara tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Affandi Zulkafli, 41, bersama lima adiknya iaitu Muhammad Khairul Azmil, 40; Shahrul Azwan, 38; Mohamad Shah Herman, 35; Muhamad Amirul, 29, dan Mohamad Hafizi, 27, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan. Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, enam beradik berkenaan didakwa bersama-sama seorang lagi lelaki mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram di sebuah pondok tidak bernombor bersebelahan rumah di Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor, kira-kira pukul 9.20 malam, 21 Julai lalu.

 

View on Threads

 

Kesemua tertuduh dipertuduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sekiranya sabit kesalahan, peruntukan undang-undang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Sebutan Semula Kes Ditetapkan 22 Oktober

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin, manakala kesemua tertuduh yang tidak bekerja itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved