Tujuh PTI warga China, Pakistan ditahan di Semporna

11 Oct 2025 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Tujuh pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam beberapa siri operasi yang dijalankan di daerah ini pada 7 dan 8 Oktober lalu.

Jabatan Imigresen Sabah dalam kenyataan berkata sebanyak 25 individu diperiksa sepanjang operasi yang dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Semporna itu.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Jabatan itu berkata mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara China dan Pakistan.

Operasi terbabit merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan itu bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di negeri ini.

Jabatan turut menyeru orang awam agar terus menyalurkan maklumat mengenai kehadiran PTI di kawasan masing-masing supaya tindakan segera dapat diambil.

Tegasnya, jabatan itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melindungi, menggaji atau bersekongkol dengan pendatang tanpa izin dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka mengikut undang-undang negara.