Tujuh rumah hangus dijilat api

12 Jan 2024 • 2:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kebakaran tujuh buat rumah di Kampung Sireh pada Jumaat. Gambar kecil: Zukeri

image is not available
Kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta dan dua buah motosikal.

image is not available
Keadaan rumah yang rapat membuatkan api marak dengan cepat.

image is not available
Bomba yang bertungkus lumus memadam kebakaran.

KOTA BHARU - Lapan keluarga kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan tujuh buah rumah di Kampung Sireh di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba, Zukeri Shafie berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 pagi sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian.

**media[2496019]**

Kata beliau, ketika pasukan bomba tiba, 40 peratus kawasan rumah yang sesak itu telah terbakar.

“Seramai 40 anggota bomba dari BBP Kota Bharu, Darul Naim, Tunjong dan Pengkalan Chepa berusaha untuk memadamkan kebakaran.

“Keadaan cuaca panas ketika usaha memadam api dilakukan dan selesai pada jam 9.04 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sireh di sini, pada Jumaat.

**media[2496021]**

Menurut beliau, kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa namun sebuah kereta jenis Proton Saga dan dua motosikal termasuk sebuah jenis Yamaha RXZ milik penduduk turut musnah.

Katanya, pihak Tenaga Nasional Berhad juga hadir ke lokasi untuk mematikan arus elektrik bagi menggelak keadaan bahaya.

**media[2496020]**

“Bomba menggunakan enam jentera pemadam kebakaran dan satu lori tangki air.

“Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan Forensik Bomba,” katanya.