Khemah Dah Pasang Majlis Lagi 2 Hari, Rumah Bakal Pengantin Hangus Terbakar

21 Dec 2023 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sangka, hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling indah, berubah menjadi detik paling perit dalam hidup bakal pasangan mempelai ini apabila rumah kediamannya dijilat api.

Menurut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok ini, majlis perkahwinan bakal pengantin yang dikenali sebagai Nurul ini bakal berlangsung dalam masa 2 hari, dalam video tersebut dapat dilihat khemah telah pun didirikan.

@aliahrose98

Alhamdulillah tiada yg cedera , disebabkan kejadian tu berlaku semasa rewang, ramai saudara mara membantu #foryou

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Bagaimanapun, tiada berlaku kemalangan jiwa dan tiada yang tercedera, namun begitu melihat keadaan rumah habis, semuanya rentung.

Menurut pemilik video, kejadian ini berlaku semasa orang ramai sibuk merewang dan menerusi ruangan komen, pemilik video menjelaskan bahawa punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun ada yang menyatakan bahawa terdengar bunyi benda meletup.

Walaupun lokasi dan waktu kejadian masih belum disahkan, video yang meraih 114K jumlah tontonan dalam masa sehari ini telah meraih simpati netizen dan ramai yang memberikan semangat dan sokongan moral buat bakal pengantin.

image is not available image is not available image is not available

Semoga urusan pernikahan pengantin ini dapat berjalan dengan lancar.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.