Tujuh Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta Adalah Penerima Zakat Pulau Pinang

LocalPolitics
24 Dec 2024 • 11:01 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tujuh Sekeluarga

Tujuh sekeluarga tinggal di dalam kereta yang mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong adalah penerima skim kewangan bulanan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Memetik laporan Bernama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, berdasarkan rekod, keluarga itu adalah penerima bantuan bulanan.

Foto: Bernama

“ZPP membantu keluarga ini dengan membayar kos deposit sewa rumah dan mereka dilaporkan sering hadir ke ZPP untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

“Selain itu, ZPP juga sentiasa mengemaskini kadar jumlah penerimaan mengikut kesesuaian semasa,” katanya pada Isnin.

Tujuh Sekeluarga Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Terdahulu, keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah mendapat perhatian Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam apabila beliau membantu menyediakan rumah dan mendapatkan pekerjaan buat ketua keluarga tersebut.

image is not available

Foto: Facebook Steven Sim Chee Keong 沈志强

Menerusi perkongsian di Facebook, Steven Sim berkata lelaki itu yang dikenali sebagai Hilmi, sebelum ini merupakan pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka.

Namun malangnya menurut Steven Sim, keluarga tersebut ditipu tuan rumah dan dihalau meskipun deposit sewa telah dibayar.

Sumber: Bernama