(VIDEO) Ada Tidur Dalam Bonet, Kisah 7 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta Raih Perhatian

LocalBusiness & Finance
24 Dec 2024 • 12:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu kisah tujuh keluarga yang terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta selepas diperdaya dengan tipu helah scammer.

7 keluarga tinggal di dalam kereta selepas ditipu scammer

Dapat dilihat dalam platform TikTok, Menteri Sumber Manusia yang juga merangkap sebagai Ahli Parlimen Bukit Mertajam iaitu Steven Sim memaparkan tujuh ahli keluarga yang tinggal di dalam kereta itu.

Difahamkan dari ketua keluarga itu iaitu Hilmi, dia, isteri serta lima orang anak telah tinggal di dalam kereta berkenaan selama tiga bulan selepas ditipu sewaktu ingin menyewa rumah.

Dapat rumah baru, bantuan persekolahan, kerja baru

Kami sudah bayar deposit rumah sewa dan selepas ditipu kami buat laporan polis.

image is not available

image is not available

Susulan itu, Steven telah menghulurkan bantuan buat keluarga terbabit dengan menyediakan rumah baru bayaran sewa selama setahun, bantuan persekolahan anak-anak serta bantu Hilmi untuk mendapatkan kerja baru.

Dalam pada itu, Steven turut menghulurkan wang bantuan sebanyak RM2000 buat mereka membeli barangan keperluan.

image is not available 2 months ago

Tiada Elektrik & Mandi Di Sungai, 11 Beranak Sudah Tinggal Di Pondok Usang Tanpa Dinding Selama 18 Tahun