Tujuh Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya 

LocalEnvironment
19 Sep 2024 • 11:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tujuh Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya

ALOR SETAR — Tujuh sungai di Kedah dilaporkan telah melepasi paras bahaya susulan hujan lebat yang melanda negeri itu.

Menurut laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan jumlah sungai yang berada pada paras bahaya di negeri ini berkurangan kepada tujuh berbanding 10 sungai semalam.

Tujuh sungai itu ialah Sungai Padang Terap di Kepala Batas; Sungai Bata di Kampung Bata; Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu; Sungai Anak Bukit di Taman Aman; Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar; Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap.

Berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh daerah terjejas ialah Pasu (704 orang), Pendang (429 orang), Kulim (86 orang), Pokok Sena (773) orang), Kuala Muda (131 orang), Kota Setar (1,205 orang) dan Bandar Baharu (113 orang) , kesemuanya ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS), memetik Bernama.

Difahamkan juga, jumlah mangsa banjir di negeri itu juga meningkat daripada 2,882 orang malam tadi kepada seramai 3,441 daripada 978 keluarga pagi ini, pertambahan 559.