Tukang gunting di Tawau dipenjara, sebat kerana liwat remaja hingga positif HIV

LocalPolitics
5 Sep 2024 • 5:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang tukang gunting rambut dihukum penjara sembilan tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana meliwat seorang remaja lelaki sehingga mangsa mendapat HIV pada Mac lalu.

Meruan Daud, 49, mengaku salah di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya bahawa dia melakukan jenayah itu ke atas mangsa, 16, di kedai gunting miliknya di Kg Mentadak Baru, Sungai Tamang, Pulau Sebatik, kira-kira 12 tengah hari, pada 11 Mac 2024.

Mangsa sebelum itu dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau daripada Klinik Kesihatan Tawau dan hasil ujian HIV rapid test mendapati dia positif HIV.

Semasa keterangan diambil, mangsa mengakui melakukan hubungan sejenis/songsang (liwat) dengan tertuduh sejak mangsa berada di Tingkatan Satu lagi di kedai gunting lelaki tersebut.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.