Tukang kayu buat perlakuan jijik, tidak senonoh terhadap kucing direman

20 Oct 2026 • 12:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tukang kayu buat perlakuan jijik, tidak senonoh terhadap kucing direman

PASIR PUTEH: Seorang tukang kayu ditahan reman tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah di Selising, di sini sehingga video kejadian tersebut tular dalam media sosial.

Perintah remanterhadap lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Datuk Nik Azlan.

Tahanan reman itu bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, lelaki itu tiba kira-kira pukul 9 pagi di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, untuk prosiding reman dengan diiringi dua anggota polis.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di kediamannya, susulan penularan video kejadian itu di platform media sosial Threads. – UTUSAN

 

The post Tukang kayu buat perlakuan jijik, tidak senonoh terhadap kucing direman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved